hanya perasaan ini...

My photo
I am who i am today because of the choice i made yesterday..

Friday, August 21, 2009

Kau pimpinlah langkahku Tuhan

KEMBARA HIDUP
DeHearty

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang ku idamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula aku utk ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Friday, August 7, 2009

7 TANDA

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii....

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

SYAABAN

Sabda Nabi s.a.w :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu ( Al-Hadis)
Sesiapa berpuasa sehari sebelum bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya seluruh bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari kiamat dan diwajibkan Allah syurga baginya.( Al-Hadis )
Sesiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

( Al-Hadis dari kitab Al-Barokah )
Berkata Siti Aishah s.a.w bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani).
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, diberikan rezeki baginya; antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Oleh itu saya menyeru agar semua muslimin/muslimah bersegera dalam membuat amal kebaikan ini disamping menyambut ketibaan Ramadhan
yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi semoga dosa-dosa kita dikifarahkan oleh Allah S.W.T.Insya Allah.