hanya perasaan ini...

My photo
I am who i am today because of the choice i made yesterday..

Saturday, November 27, 2010

Asal Usul Solat 5 Waktu

Adakah anda masih gemar online sehingga lupa untuk melaksanakan solat 5 waktu? Tujuan saya menulis nota ini untuk mengingatkan anda kembali atau sesiapa sahaja yang belum mengetahui "asal usul solat 5 waktu kepada umat Islam".Sesungguhnya setiap ibadat itu ada hikmahnya TETAPI mengapa masih ada di kalangan kita tidak mahu melakukan solat??? Mengapakah kerana kejahilan ilmu mereka itu menyebabkan mereka malas melakukan SOLAT?Adakah anda masih gemar online sehingga lupa untuk melaksanakan solat 5 waktu???AWAS!Jika anda masih belum solat,saya sarankan anda semua pergi bersolat terlebih dahulu, kemudian barulah sambung baca nota yang saya tuliskan ini.

Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram berada dalam keadaan aman maka dirikanlah sembahyang itu dengan sempurna sebagaimana kebiasaannya. Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman dan pada waktu yang tertentu.

[Surah An-Nisaa, ayat 103]

AWAS!!!Jika anda masih belum berzikir dan istighfar setiap hari,saya sarankan anda semua hentikan membaca nota saya ini.Pergilah berzikir dan beristighfar terlebih dahulu. Sekiranya sudah selesai semua perkara itu,barulah anda sambung membaca nota ini. Kerjasama anda amatlah dihargai. Hasilnya untuk kebaikan diri anda sendiri.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman, dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

[Surah An-Nisaa, ayat 142]

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Dengarkanlah wahai umat Muhammad, solat lima waktu akan memberikan perlindungan ketika hari pembalasan kelak.Sebagai umat Islam,anda perlu mengetahui "Sejarah Asal Usul Solat 5 Waktu",MAHUKAH ANDA MENGETAHUINYA???SUDAHKAH ANDA MELAKSANAKAN SOLAT?atau anda masih online sibuk berdakwah sehingga terlupa untuk melakukan SOLAT?Jangan berlengah lagi...

BERSOLATLAH ANDA SELAGI DIBERI NIKMAT NAFAS KEHIDUPAN SETIAP SAAT....

BERSOLATLAH ANDA SEBELUM ANDA DISOLATKAN KETIKA KEMATIAN ANDA (jenazah disolatkan)...

SAMBUTLAH SERUAN AZAN SEBELUM KAMU DIIRINGI KE KUBUR (jenazah ditanamkan)

Sejarah Asal Usul Solat 5 Waktu kepada Umat Islam

Subuh: Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S. ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama - Tanda syukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam

Rakaat kedua - Tanda syukur kerana siang telah menjelma

Zohor: Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim A.S. iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Seruan kepada Nabi Ibrahim A.S. itu datang pada waktu tergelincir matahari lalu sujudlah Nabi Ibrahim A.S kepada Allah S.W.T.

Rakaat pertama - Tanda syukur bagi penebusan

Rakaat kedua - Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya

Rakaat ketiga - Tanda syukur dan memohon akan keredhaan Allah S.W.T

Rakaat keempat - Tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

Asar: Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada 4 kegelapan iaitu:-

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat kedua : Kelam dengan air laut

Rakaat ketiga : Kelam dengan malam

Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun

Maghrib: Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kedegilan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurnya Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:-

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa

Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T semata-mata, tiada dua atau tiga.

Isyak: Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T menghilangkan semua perasaaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya

Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun

Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun

Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.


SUMBER dari http://www.facebook.com/pages/Brigade1-Zameer-Fisabilillah/129693903750614

KERDIL

betapa kerdilnya diri ini...

jangan salah paham... 'kerdil' tu bukan bermaksud 'rendah'.. haha ;p
apakah 'kerdil' yang dimaksudkan?? ;)

sebelum ini saya merasakan diri ini sangat jauh dari Allah S.W.T...
jauh dari keredhaan-Nya...
saya lalai dengan hal duniawi yang menjadikan saya separuh gila dengan kemajuan teknologi masa kini...
saya mudah terpengaruh & tergoda dengan hasutan syaitan...
saya hampir lupa siapa saya?
saya bagaikan seorang manusia bodoh yang hanya hidup di dunia ni untuk bersuka-ria tanpa mengingati pencipta alam ini...
tetapi saya selalu megharapkan jalan pulang dari-Nya...
mengharapkan 'HIDAYAH' ...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Dia masih menyayangi hamba-Nya yg sgt kerdil & bergelumang dosa ini utk kembali ke jalan yg diredhai-Nya...
dalam keadaan yang sangat 'gelap', Dia telah 'terang' kannya..
dalam keadaan yang 'kusut', Dia telah 'kemas' kannya...
Dia telah membuka hati & mata ini untuk melihat dunia...
betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T....

"Ampuni ku Ya Allah, selama ini aku buta dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku.."





Friday, November 26, 2010

new life :)

setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya muncul jugak! haha ;p
ok2...sebenarnya bkn nyer tak nak post apa2 kat blog ni tp sy ni mmg x pandai nak bercerita kat blog ni...
setiap kali jari jemari ni nak start taip, terus terpaku sbb blur xtau nak taip pe..huhu :(

hmm..org selalu kata blog ni umpama diari tentang hidup seseorg...
sy tak nafikan mmg kebanyakan org bercerita tentang kisah hidup masing2 di blog...
kadang2 saya teruja & jeles juga dgn blog2 yg cantek, post yg menarik dr blogger... haha :P
tp ada juga yg menggunakan blog ni utk berniaga & berdakwah...
sehingga ke hari ni saya tertanya2 tujuan saya buat blog ni.. untuk apa?
mungkin menjadi tempat luahan hati seorang gadis ??
mungkin tidak sbb tak semua benda kita boleh berkongsi kn?
tambah2 soal kehidupan, kawan2 & family...
apa yang seharusnya menjadi simpanan dalam hati tu, biarkan aje...
apa yg bole berkongsi tu, jom lar kita kongsi sama2 ye.. nak kongsi x? haha ;p
ni lar permulaan baru dalam hidup saya... :)